Sunday, January 18, 2009

16 Januari 2009…..Kehilangan Nyawaku…VERY SAD



Hari ini jiwaku agak tidak tenang sepanjang berada di dalam kelas Dr. Nasir. aku asyik teringatkan nasib laptopku…aku semakin merasakan aku akan kehilangan laptop kesayanganku…sebaik sahaja aku melangkah kaki keluar dari dewan kuliah, aku bersama kawan baikku, Wanie ke BHL untuk bertanyakan mengenai laptopku…apa yang aku sangkakan memang betul…terpampang tulisan di atas kertas yang tertera ‘ CANNOT REPAIR’…laptop aku memang tidak dapat diselamatkan lagi…betapa sedihnya hati aku mengenangkan diri ku ini…aku semakin bingung memikirkan tugasan-tugasan yang perlu aku selesaikan dalam masa terdekat ni…adakah aku perlu berulang alik ke cyber café hari-hari untuk menyiapkan tugasan aku…erm penatnya…aku agak terkilan kerana aku tidak mampu menjaga dengan baik laptop yang merupakan pemberian dari ibuku…aku pasti dia akan kecewa apabila mengetahui laptopku rosak…namun aku tidak boleh menyalahkan diri aku jugak…kerana aku dah sebaik mungkin menjaga laptopku, aku dah anggap laptopku sebagai nyawaku, aku amat menghargai pemberian ibuku, namun aku sesekali tidak menjangkakan yang aku akan berhadapan dengan situasi yang begini…sedihnya aku hari ini…sesungguhnya aku dalam dilema samada ingin memberitahu ibuku atau terus mendiamkan diri…namun apakah kesudahannya…


1 comment:

  1. salam....tak apa..nanti beli yang baru..yg lagi canggih..

    ReplyDelete