Wednesday, February 11, 2009

Was-was Dengan Arah Kiblat???

Qibla Locator adalah web yang menunjukkan arah kiblat menggunakan Google Earth.Korang hanya perlu mencari tmpt korang berada dan kedudukan kiblat akan ditunjukkan.

FOoTBaLL ShiRt...

Website Football Shirt Avatar ini membolehkan kita membuat jersi bola kita sendiri.Cara amat mudah hanya perlu pilih pasukan bola yang kita minati pilih bahagian shirt maner kita mahu meletak nama dan nombor.Selepas selesai meletakkan nombor dan nama ditempat yang kita mahukan baru kita klik save shirt untuk download kedalam pc kita.Dibawah adalah contoh jersi bola saya...

Berminat nak create jersi macam saya? Click Here

LoonaPix


Web Loonapix adalah web kita buleh menampalkan gambar kita di effect-effect yang disediakan.Terdapat 3 kategori iaitu Loonapic Effect,Photo Frames dan Photo Trim korang hanye perlu pilih salah 1 effect..Cara amat mudah iaitu dengan men'upload' gamba kemudian pilih template yg korang ingini dan akhir skali klik create..Dibawah adalah contoh loonapix effect.

Photo Effects. Red Street

Ingin membuat picture effect? Klik Di sini

Nak kongsi beberapa software ni..Jom Mencuba..huhu


Web Tilt Shift Maker adalah web untuk membuatkan gambar korang menjadi seperti patung model.Korang hanya perlu upload gambo korang kemudian ko hanya perlu adjust bahagian maner yang hendak diblurkan.Utk melihat hasil klik "preview" manakala utk download gambar klik "get full size".Kat bawah ni contoh gambar yang aku buat..enjoy..

Saturday, January 31, 2009

Tuesday, January 27, 2009

Did U Find Ur TRUE Love?????...U'll Find It

Sesungguhnya cinta sejati sukar ditemui, dan apabila anda merasakan anda telah mempunyai seseorang yang benar-benar menyayangi diri anda, dan anda juga teramat menyayangi dirinya, so semaila hubungan tersebut dengan benih-benih cinta.. sayangilah dirinya. jangan sesekali menjadikan cinta itu seperti menukar baju..Jika DIA adalah pilihan anda yang tepat...Hargailah Sesuatu Perhubungan Itu..

Lawak Ke-6...

CURI IDEA...

Seorang kartunis yang tak dapat menyiapkan karyanya menjelang ' deadline' sedang memberi alasan kepada ketuanya:" kenapa kamu masih belum siapkan 'kartun bodo' kamu lagi, 'date line' pukul tiga petang ni. " tengking ketuanya."saya dah siapkannya bos.." "kalau dah siap berikan kat saya sekarang" "tak boleh bos""kenapa ? " tanya ketuanya dengan hairan." malam tadi pencuri masuk rumah saya , habis semua 'IDEA' yang saya simpan dalam kepala otak saya yang kelakar ni dia curi. Bila bangun pagi tadi abis semua kosong 'IDEA' dalam kepala otak ni " .

Lawak Ke-5....Anda Masih Inginkan Lawak???

PENSYARAH 3 SUKU...

Tersebut la kisah, dalam satu U ni, ada sorg pensyarah yg suke cakap bende berbaur 18sx. Bende ni menyebabkan student pompuan dalam kelas tu rasa xselesa.. Setelah sekian lama bertahan, akhirnya student pmpuan decide nak blah dari kelas kalu pensyarah ni start cakap benda yg bukan2 tanda memprotes kelakuan pensyarah berkenaan. Seminggu yg pertama, pensyarah berkenaan xde plak wat hal. cakap pon elok je. semua ilmiah.Minggu seterusnya pun sama. Sampai la minggu yg ketiga. Sedang pensyarah ini mengajar, tiba2 dia berhenti. Lalu dia berkata,"Saya baru ingat something. Saya baca dalam internet 3 minggu lepas, kat Korea Selatan sekang ni kekurangan pelacur tau", sambil tersenyum sinis.Student pompuan dalam kelas tu memandang sama sendiri, lantas bangun dan redi nak blah dari kelas... Tiba2 pensyarah tu menjerit.."Hey, sabar, next flight available pon sok pagi.. Lek2 lu"

Lawak Ke-4....Semoga Anda Terhibur

PENGUMUMAN DARI SAMY VELLU...

"Saya syukur angkasawan kita telah meninggal dunia 10 hari, kini selamat dikebumi" Samy Vellu ditemuramah tentang program angkasawan negara. Samy: "...Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat.Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergimatahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita...."Penemuramah: Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi sana ?Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahunjadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk... ...

Lawak Ke-3...Enjoy It

BOS POWER???

Ni kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar. Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot. Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding."Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan."Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras"Dalam RM800" pekerja tu menjawapBos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN"Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape malas, sure kene pecat! Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"Jawap si pekerja,"Owh, dia tu anto pizza"....:)

Lawak Ke-2

SAYA JADI PEMANDU BAS LA..:)


Seorg budak sek rendah naik bas. Merasakan boring, dia mula menjerit2 didalam bas, ''Kalo mak saya lembu, ayah saya pon lembu.. mestila saya jadi anak lembu.''Ahmad berkata lagi ''Kalo ayah saya rimau, mak saya rimau, saya jadi la rimau.... Auuuummmmm..... Auuuummmmmm.'' (silap wat sound efek ni ek, baru seronok)Ahmad terus menjerit2 menyebut binatang2 lain pula. Merasakan tertekan, si pemandu bas tadi berkata, ''Apa jadi kalu ayah ko ni pemabuk dan mak ko pelacur?!''Ahmad terdiam seketika lalu berkata, ''Mestila saya jadi pemandu bas!'', sambil menepuk2 bahu pakcik drebar tu...:)

LAWAK ANTARABANGSA....ReSt Ur MiNd..


HARI YANG BURUK...:)

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu.Lelaki yang empunya gelas terus menangis."Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori."Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!""Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa aku ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini.Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulakmuncul meminum racun aku.....Huahahaha

CARTOON CORNER....ENJOY IT













Monday, January 26, 2009

Buat Renungan Kawan-kawanku..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hargailah seseorang anak itu, kerana anak merupakan kurniaan Tuhan yang paling berharga...Anak merupakan penyambung generasi kita, untuk itu jangan biarkan mereka hidup menderita di bumi bertuah ini...

Hasil Nukilanku...Novel Kerjayaku..


Aku terpaksa memandang kertas di tanganku. Aku tergamam. Mata kupejam celikkan. Ada debar bercampur cemas, resah dan sebagainya seakan bergayut-gayut di tubir hatiku. Kenapa perkara yang tidak diduga ini terjadi dalam hidupku? Kenapa?YaAllah,kuatkanlah semangatku dan tabahkanlah hatiku. Di ruangan mata ada butiran yang cuba menerjah keluar, sedang di sisiku waktu berlalu kencang. Segala-galanya berlaku amat pantas. Pandanganku kabur. Musibahkah kini atau sebenarnya akukah yang lara? Haruskah aku berterusan begini? Atau beginikah berakhirnya hidupku yang aku impikan selama ini.Ketika kakiku semakin lemah, aku terus mencuba menggagahi diri. Ku renung kembali kertas di tangan. Merenung kembali bilah-bilah perkataan yang terpahat. Aku cuba menafikan. Runyam.

Aku memandang ke hadapan, pandanganku kosong, wajah kakak memintas ingatan, mataku pejam celikkan lagi. Satu perasaan yang sukar ku mengerti menjentik tangkai hatiku. Aku menghitung masa di jari waktu. Tempoh berbelas bulan yang kulalui dan inilah penghujungnya. Buat seketika aku merasakan aku seolah-olah berada di alam tidak sedar yang menempatkan semua ingatan, reaksi, pengalaman, emosi dan keperluan yang tak kusedari seperti yang diutarakan oleh pakar psikoanalitik, Sigmund Freud. Fikiranku kacau. Aku tidak dapat berfikir secara waras. Tiba-tiba terdengar suara berbisik ke telingaku…bagaimana Fadz?’’ suara mersik Ira menyapaku. Aku tidak berupaya menjawab, menoleh pun aku tidak berdaya. Aku rasa duniaku semakin gelap. Punah segala-galanya.

“Kau perlu hidup, mengeluh begini bukan penyudahnya. Kau akan semakin parah. Semuanya telah ditentukan. Demikian kehendakNya. Dapatkah kita mengatasi takdir?’’ ujar Ira sambil kedua-dua belah tangannya kini mengusap bahuku. Aku tahu Ira cuba untuk menenangkan hatiku. Ketika Ira masih cuba menghiburkan hatiku dan aku masih terus melayan senduku, Safina dan Puan Midah menghampiriku. “ Kau seorang pelajar yang cemerlang. Rata-rata guru mengakuinya, cuma nasib tak menyebelahi kau hari ini,’’ ujar teman sekelas, Safina yang sering menunjukkan muka masam kerana tidak pernah berjaya memintasku dalam setiap ujian sebelum ini.Safina meninggalkanku dengan kata-kata yang cukup mengguris hatiku. Aku terkasima memerhatikan sejuring senyuman di bibirnya seakan-akan menyindirku. Aku terasa amat bodoh sekali diperlakukan sedemikian. Kata-katanya betul-betul mencucuk jantungku.
“Agaknya kamu terlalu yakin ketika menghadapi peperiksaan kot. Kau memandang segala-galanya ringan sahaja. Suara sinis Puan Midah menyerbu gegendang telingaku. Kata-kata selanjutnya tidak jelas pada pendengaranku. Aku terlalu terhina ketika itu! Aku semakin diburu cemas mengenang Safina, anak saudaranya yang sering berada di belakang kini mendahuluiku dengan pangkat satu. Aku tertewas di gelanggang perjuangan sendiri. Alangkah tersisihnya aku hanya kerana gagal meraih pangkat satu dan alangkah hinanya seorang pelajar yang gagal mendapat pangkat satu di mata tenaga pengajar. Aku semakin sebak. Aku melangkah pantas. Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 1 yang menyimpan sejarah suka duka selama lima tahun semakin jauh kutinggalkan.

Aku tiba di rumah ketika matahari naik segalah. Emak sedang di dapur, dugaku. Ayah tentu seperti biasa, bekerja siang dan malam mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Emak menyongsongku ketika mendengar derap sepatuku. Aku membiarkan pertanyaannya tanpa berjawab. Aku melangkah lesu melihat wajah cerianya yang menyambutku di anak tangga tadi.Secalit senyuman yang terpalit pada wajahnya tambah menyesahkan nafasku. Melintasi emak, aku hanya menundukkan muka. Wajah suci bersihnya tidak sanggup aku tatapi. Aku beredar ke dapur. Kekusaman wajah tidak dapat kusembunyikan lagi. Aku merangkul emak erat-erat. Tangisan yang kubendung sejak pagi tadi akhirnya pecah diribaannya. “Saya gagal mak, saya gagal,” ucapku berulang kali. Emak melonggarkan rangkulanku. Mataku ditatapnya, pandangannya jauh menyucuk ke dalam anak mataku. Dia mendiamkan diri. Sorot pandangannya semakin melemaskanku. Aku terasa semakin terhukum. Aku tahu dia teramat kecewa, kerana tidak dapat melihat kejayaan yang aku inginkan selama ini. Aku tahu dia kecewa kerana tidak akan dapat melihat aku menjadi seorang pendidik yang berjaya dalam hidup. Aku gagal untuk memburu kerjaya yang aku impikan sejak kecil lagi iaitu untuk bergelar seorang guru atau pendidik yang berjaya dan seterusnya disegani oleh masyarakat. Aku gagal menggalas harapan kedua ibubapa dan keluargaku untuk melihat aku berjaya dalam hidup. Kenapa kegagalan yang aku peroleh setelah aku berpenat lelah selama ini mencari ilmu…..Kenapa???? Ya Allah, kenapa ujian seperti ini yang kau turunkan kepadaku…ya Allah…

“Terangkan Fadz…Emak menarik tanganku yang cuba untuk melepaskan diri daripada pelukannya.

INGIN MENGETAHUI KESUDAHAN KISAH INI....NANTIKAN SAMBUNGANNYA...

Wednesday, January 21, 2009

Top Model Cartoon...


Diriku seadanya....


Siapakah gerangan gadis ini? Nama diberi Nik Norfadzlida, nak panggil nik, adz, ida pun boleh...maner-maner pun boleh...merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. merupakan anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang...dari kecil mempunyai impian untuk bergelar seorang pendidik...kini setelah tiga tahun melayari kehidupan sebagai mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) rasanya impianku hampir tercapai...aku sebagai anak yang diberi tanggngjawab yang besar oleh kedua ibu bapaku untuk mengubah nasib hidupku...insyaAllah,harapan mereka tidak akan aku hampakan dan aku dapat merasakan aku semakin hampir menggapai impian mereka cuma aku perlu menghabiskan sisa-sisa aku sebagai pelajar program Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling untuk tempoh setahun sebelum bergelar kaunselor sekolah... aku rasa sangat teruja untuk meniti saat-saat aku melangkah kaki dan seterusnya bergelar seorang pendidik...tak sabar rasanya berdepan dengan karenah pelajar-pelajarku...tak sabar rasanya....

Sunday, January 18, 2009

CABARAN SEORANG PENDIDIK


Guru bukan hanya mengajar dan memperkenalkan huruf dan angka tetapi mendidik dan mengajar murid mengenai erti hidup yang sebenarnya secara tidak langsung. Sedar @ tidak itu berlaku. Tugas guru bukannya mudah. Terdapat golongan manusia yang boleh memahami dan ada pula yang sebaliknya. Benar @ tidak apabila berlaku masalah disiplin murid-murid, kes guru denda murid@pelajar, kes guru dera murid… Terdapat segelintir masyarakat yang akan terus menunding jari mempersalahkan guru. Walhal tanpa diselidiki masalah berpunca daripada siapa??? ( Banyak faktor yang harus dikaji ). Guru mana yang tidak inginkan kejayaan muridnya sendiri. Guru mana tidak ingin melihat anak didiknya berjaya dalam hidup…

16 Januari 2009…..Kehilangan Nyawaku…VERY SAD



Hari ini jiwaku agak tidak tenang sepanjang berada di dalam kelas Dr. Nasir. aku asyik teringatkan nasib laptopku…aku semakin merasakan aku akan kehilangan laptop kesayanganku…sebaik sahaja aku melangkah kaki keluar dari dewan kuliah, aku bersama kawan baikku, Wanie ke BHL untuk bertanyakan mengenai laptopku…apa yang aku sangkakan memang betul…terpampang tulisan di atas kertas yang tertera ‘ CANNOT REPAIR’…laptop aku memang tidak dapat diselamatkan lagi…betapa sedihnya hati aku mengenangkan diri ku ini…aku semakin bingung memikirkan tugasan-tugasan yang perlu aku selesaikan dalam masa terdekat ni…adakah aku perlu berulang alik ke cyber cafĂ© hari-hari untuk menyiapkan tugasan aku…erm penatnya…aku agak terkilan kerana aku tidak mampu menjaga dengan baik laptop yang merupakan pemberian dari ibuku…aku pasti dia akan kecewa apabila mengetahui laptopku rosak…namun aku tidak boleh menyalahkan diri aku jugak…kerana aku dah sebaik mungkin menjaga laptopku, aku dah anggap laptopku sebagai nyawaku, aku amat menghargai pemberian ibuku, namun aku sesekali tidak menjangkakan yang aku akan berhadapan dengan situasi yang begini…sedihnya aku hari ini…sesungguhnya aku dalam dilema samada ingin memberitahu ibuku atau terus mendiamkan diri…namun apakah kesudahannya…